Ahad, 6 Jun 2010

MAKLUMAT TERKINI

Penglibatan Kokurikulum 2010
Kegiatan Gerak Kerja Kokurikulum telah bermula pada minggu lepas (Rabu 21.1.2010). Semua pelajar tahun 4, 5 dan 6 dikehendaki hadir pada waktu yang telah ditetapkan.

Ibu bapa / Penjaga diminta memastikan keselamatan pelajar semasa perjalanan datang dan balik dari sekolah semasa menghadiri aktiviti kokurikulum dan kerjasama semua ibu bapa / penjaga diucapkan terima kasih.

Ahad, 4 April 2010

MENJEJAK MISI & VISI 2010

Tahniah kepada semua guru yang telah melaksanakan tugasan serta tanggungjawab dengan sedaya upaya memertabatkan sukan di SK Petaling (2). VISI 2010 telah tercapai hasil kerja kuat semua guru terutama pengurus dan jurulatih pasukan sekolah.


TERIMA KASIH CIKGU!

Jumaat, 5 Februari 2010

ETIKA BERPAKAIAN

Pemakaian Uniform GERKO
Setiap pelajar digalakkan memakai PAKAIAN SERAGAM LENGKAP pada setiap hari Rabu. Guru juga di kehendaki berpakaian uniform seragam unit masing-masing pada hari tersebut bermula April 2010.

Jumaat, 15 Januari 2010

Aktiviti Sukan Peringkat Zon Bangsar 2010

Bola Jaring (13-16 April 2010)
Bola Tampar (29-30 Mac 2010)

Jadual Aktiviti

2:00pm-2:50pm Sesi 1
2:50pm-3:10pm Rehat
3:10pm-4:00pm Sesi 2
4:00pm-4:30pm Kawad Kaki

Selasa, 5 Januari 2010

Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum bermula 20 Januari 2010
(RABU pukul 2.00pm-4.30pm)

Perjumpaan Pertama
Aktiviti yang akan dijalankan
1. Mesyuarat Kelab,Permainan dan Unit Beruniform
2. Perlantikan AJK murid
3. Perancangan aktiviti

Perjumpaan Seterusnya
Aktiviti yang akan dijalankan
1. Mengambil kehadiran murid
2. Menjalankan aktiviti sebagaiman dirancang dalam carta gantt unit
3. Menjalankan latihan kawat kaki

BINGKISAN GPK KOKURIKULUM

Assalamualaikum.
Besar harapan saya agar semua guru dapat bersama-sama untuk menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang di peringkat sekolah dan berusaha mencapai MISI dan VISI kokurikulum sekolah ini.


Jika ada sebarang masalah, boleh diutarakan kepada saya dan s/u kokurikulum @ s/u sukan.


Terima Kasih.