Isnin, 17 Januari 2011

SUKAN PERMAINAN & MSSWP

Dasar 1 Murid 1 Sukan
Dasar 1 murid 1 sukan telah bermula mulai tahun ini. Justeru pihak sekolah telah memulakan langkah mengambil tindakan merialisasikan dasar tersebut. Pelaksanaan dasar ini melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Tiap murid perlu melibatkan diri dalam sekurangnya satu jenis sukan atau lebih.

MSSWP
Pertandingan sukan permainan MSSWP zon Bangsar akan bermula tidak lama lagi. Semua pelajar diberi peluang menunjukkan bakat mewakili sekolah dalam acara yang disertai.

Takwim MSSWP Zon Bangsar
Olahraga = 21 - 24 Februari
Bola Tampar = 21 - 23 Mac
Bola Baling = 4 - 7 April
Bola Jaring = 18 - 21 April

GERAK KERJA KOKURIKULUM

Penglibatan Kokurikulum 2011
Kegiatan Gerak Kerja Kokurikulum telah bermula pada minggu lepas (Rabu 12.1.2011). Semua pelajar tahun 4,5 dan 6 dikehendaki hadir pada waktu yang telah ditetapkan.

Sebagai maklumat tambahan, mulai tahun ini pihak sekolah menggalakkan penyertaan murid tahun 3 dalam kegiatan kokurikulum sebagai pendedahan awal kepada pelajar dan memahami kepentingan kokurikulum di sekolah.

Ibu bapa dan penjaga murid diminta memastikan keselamatan pelajar semasa perjalanan datang dan balik dari sekolah semasa menghadiri aktiviti kokurikulum. Kerjasama semua ibu, bapa dan penjaga murid diucapkan terima kasih.


Perancangan Jadual Perjumpaan GERKO
2.00pm - 3.30pm = Unit Beruniform
3.30pm - 3.45pm = REHAT
3.45pm - 4.45pm = Kelab Persatuan @ Sukan Permainan

* Perancangan jadual perjumpaan tertakluk kepada pindaan semasa.