Isnin, 17 Januari 2011

GERAK KERJA KOKURIKULUM

Penglibatan Kokurikulum 2011
Kegiatan Gerak Kerja Kokurikulum telah bermula pada minggu lepas (Rabu 12.1.2011). Semua pelajar tahun 4,5 dan 6 dikehendaki hadir pada waktu yang telah ditetapkan.

Sebagai maklumat tambahan, mulai tahun ini pihak sekolah menggalakkan penyertaan murid tahun 3 dalam kegiatan kokurikulum sebagai pendedahan awal kepada pelajar dan memahami kepentingan kokurikulum di sekolah.

Ibu bapa dan penjaga murid diminta memastikan keselamatan pelajar semasa perjalanan datang dan balik dari sekolah semasa menghadiri aktiviti kokurikulum. Kerjasama semua ibu, bapa dan penjaga murid diucapkan terima kasih.


Perancangan Jadual Perjumpaan GERKO
2.00pm - 3.30pm = Unit Beruniform
3.30pm - 3.45pm = REHAT
3.45pm - 4.45pm = Kelab Persatuan @ Sukan Permainan

* Perancangan jadual perjumpaan tertakluk kepada pindaan semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan