Khamis, 10 Februari 2011

MAKLUMAT TERKINI (ETIKA BERPAKAIAN)

Pemakaian Uniform GERKO
Setiap pelajar digalakkan memakai pakaian seragam lengkap pada hari Jumaat. Guru juga dikehendaki berpakaian uniform seragam unit masing-masing bermula Februari 2011.


Pakaian Semasa Aktiviti Pendidikan Jasmani
Pihak sekolah ingin memaklumkan, kebenaran diberi kepada murid untuk berpakaian sukan dari rumah pada hari berlaku pengajaran Pendidikan Jasmani dan tidak perlu menukar pakaian sukan hingga tamat persekolahan pada hari tersebut selaras arahan Pekeliling Iktisas berkaitan pemakaian baju sukan pada hari aktiviti Pendidikan Jasmani dijalankan. Arahan ini juga diguna pakai untuk guru yang mengajar pelajaran pendidikan jasmani pada hari yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan